Aaron Eckhart (The Dark Knight) |
- Filem ni nama je ada Los Angeles (LA). Sebenarnya tak banyak dibuat di LA pun sebaliknya di Louisiana di mana set jalan raya untuk bandar LA dibina. Ini kerana ia menelan belanja yang tinggi untuk dihasilkan di tengah pekan LA.
- ia diilhamkan daripada kisah benar yang berlaku sekitar Perang Dunia ke-2 iaitu pada satu malam 24-25 Februari 1942, sebuah objek yang tidak dikenalpasti berlegar-legar di ruang udara LA. Mereka menyangka ia pesawat milik tentera Jepun dan melepaskan sebanyak 1440 butir peluru ke ruang udara. Setelah dikenalpasti, tiada langsung bukti serangan dari pihak musuh dan mereka menggangap ia hanyalah amaran palsu.
Rupa alien ada macam dalam District 9? |
Sememangnya tertunggu-tertunggu jugak movie yang bakal release tak lama lagi ni.
Serba sedikit sinopsis cerita ni...
Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany dan China. Tetapi pada tahun 2011, dahulunya yang hanyalah merupakan penemuan sahaja, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini....
Genre: Aksi
Pengarah Filem: Jonathan Liebesman
Pelakon: Aaron Eckhart,
Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez,
Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena
So, apa lagi...set reminder korang untuk 17 Mac 2011 nanti...!
Tengok trailer macam dah best dah...?! Harap-harapnya tak failed macam filem 2012. Ada yang kata filem ni lagi best dari citer Skyline. Apa-apa pun try tengok dulu....
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati dari sini.
No comments:
Post a Comment